Thursday, December 24, 2009

Tips memastikan sebuah Pusat Asuhan yang sesuai/ baik untuk anak anda

Di bawah terdapat beberapa soalan yang patut anda tanya kepada Pusat Asuhan yang anda survey, sebelum menyerahkan intan payung anda ke Puat Jagaan tersebut.

Demi anak-anak anda, pastikan jawapan persoalan berikut memuaskan hati sebelum menyerahkan intan payung anda kepada Pusat asuhan persendirian.

Soalan 1: Adakah Pusat Asuhan tersebut berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat?

Soalan 2:Adakah pengasuh telah menjalani Kursus Asas Kanak-kanak?

Soalan 3:Selain dari asuhan dan jagaan biasa, adakah ada aktiviti lain bagi membantu perkembangan kanak-kanak?

Soalan 4: Berapa jam sehari anak saya akan dibiar menonton televisyen; 1/2 jam, 4 jam, terpulang, tiada TV?

Soalan 5: Berapa orang pengasuh yang akan bertugas; menjaga, mengasuh, mendidik, memasak, membersih, membuat susu, ke tandas, solat, menyambut tetamu? Adakah pengasuh akan mempunyai masa untuk mengajar?

Soalan 6: Adakah bayi, kanak-kanak kecil dan kanak-kanak besar diasingkan dan mempunyai pengasuh berlainan?

Soalan 7: Adakah kelengkapan keselamatan mencukupi; pemadam api, grill balkoni, first-aid-kit, telefon, kenderaan?

Soalan 8: Adakah premis sesuai untuk asuhan kanak-kanak dari segi keselamatan; ground-floor, 2 jalan keluar ketika kecemasan, diluluskan Jabatan Bomba?

Soalan 9: Selain aktiviti di dalam premis, adakah anak saya akan dibawa bermain diluar?

Soalan 10: Adakah premis berpagar untuk mengawal kanak-kanak ketika bermain diluar; adakah kakitangan mencukupi untuk mengawal?

Soalan 11: Jika berlaku sebarang insiden atau kecederaan, adakah pengusaha mempunyai kapasiti untuk bertindak pantas; kenderaan dan lesen memandu, telefon, simpanan kewangan, dan kakitangan tambahan untuk menjaga anak-anak lain?

Soalan 12: Adakah operasi diluluskan atau dipantau oleh Jabatan berkenaan? Jika tidak, bagaimana pengusaha menjamin kualiti, kepuasan pelanggan, keselamatan, keselamatan dan keselamatan kanak-kanak jagaan?

No comments:

Post a Comment

Ahlan wasahlan


I made this widget at MyFlashFetish.com.