
Adakah anak anda sukar atau lambat untuk mengenal huruf a - z ? angka 1 - 10?
Biarpun kanak-kanak lain sebaya dengannya di Tadika sudah mengenal huruf atau nombor namun dia jauh ketinggalan berbanding kawan-kawannya?
Dia masih tidak dapat mengenal atau mengingat huruf a,b,c ? atau masih belum mampu mengenal nombor 1 - 5 ?
Anak anda kurang memberi tumpuan sewaktu di ajar dirumah atau pun di Tadika?
Setiap kali guru mengajar di Tadika, dia mungkin mengingati apa yang di ajar sekejap selepas 10 minit selepas itu dia sudah lupa( singkat ingatan) dengan apa yang di ajar?
Lambat bertutur dan sukar untuk bercerita semula apa yang di dengarinya?
Anak anda sukar untuk menerima/memahami arahan?
Setelah berkali-kali mengulangi arahan yang sama dia masih belum dapat memahami atau blurr je dengan arahan yang diberi?
Dalam situasi begini anak anda mungkin mengalami Disleksia iaitu gangguan membaca,menulis dan mengeja dan kemahiran mengira walaupun mempunyai pemikiran yang normal.
Sewaktu menghadiri Asia Pasific Conference of Early Childhood Education Graduates yang diadakan di Universiti Malaya pada 28 dan 29 Januari lalu banyak maklumat dan permasalahan berkaitan dengan dunia kanak-kanak dan juga kami berkongsi cerita dan pengalaman mengenai kanak-kanak prasekolah di negara Asia seperti Indonesia, Brunei, india, Turki dan lain-lain negara lagi.
Antara maklumat terbaru saya didedahkan mengenai kanak-kanak yang mengalami disleksia secara detail.semoga Ilmu yang saya kongsi ini dapat memberi manafaat kepada semua.
Apa itu disleksia ?
Sesetengah penghidap Disleksia mempunyai masalah untuk menyebut perkataan yang panjang dan kesukaran untuk mengikut turutan perkataan seperti nama bulan dan sifir. Bagi mereka yang menghidap penyakit ini, tidak semua mempunyai masalah yang sama. Setiap penghidap Disleksia mempunyai masalah yang berlainan.
Jenis-jenis disleksia
1) Disleksia Visual Tidak dapat menterjemahkan lambing-lambang bahasa yang ditulis atau dicetak supaya ianya bermakna. Perkataan –perkataan atau huruf-huruf yang dilihat terbalik.Sukar mengingati dan mengenal huruf, tidak berupaya menterjemah symbol.
2) Disleksia Auditori Tidak dapat membuat pengamatan pendengaran atau tidak dapat membezakan bunyi huruf yang diperdengarkan padanya.Sukar mengingatai bunyi huruf, memahami bunyi mengikut suku kata dan menyusun atau menggabungkan suku kata untuk menyebut perkataan.
3) Disgraphia Kesukaran dalam mengkoordinasikan tangan dan otot-otot tangan agar dapat menulis dengan baik dan tulisannya dapat dibaca.
Penghidap gangguan ini dapat dikesan pada peringkat awal persekolahan .
- Penghidap lambat bertutur.
- Selalunya penghidap akan menghadapi masalah pembacaan yang lambat dan mempunyai tulisan yang kurang kemas .
- Mengalami kesukaran sebutan dan rima.
- Sukar menulis nama sendiri.
- Payah mengenal bentuk atau warna.
- Penghidap suka mengurang atau menambah sendiri perkataan ketika sedang membaca
Mengalami kekeliruan ketika membaca seperti huruf "p" dianggap "q" dan huruf "b" dianggap "d" / 15 disebut 51/ was menjadi saw. - Keliru dengan konsep masa seperti semalam,hari ini dan esok.
- Kesukaran memahami,mengingati dan mengikut arahan.
- Selalu tersalah letak atau hilang barang atau kerja sekolah.
- Sukar memberitahu cerita yang didengarinya.
- Kekerapan penghidap Disleksia selalu terjadi kepada pasangan kembar dan bayi yang tidak cukup bulan. Gangguan ini boleh berlanjutan sehingga kanak-kanak itu meningkat dewasa.
- Dianggarkan 4 - 8 % pelajarsekolah yang bermasalah disleksia.
- Kanak-kanak lelaki lebih ramai bermasalah disleksia berbanding perempuan.
Disleksia dipercayai berpunca daripada cara otak itu memproses. Cara otak penghidap Disleksia dengan otak orang normal bekerja adalah berbeza. Ia mungkin disebabkan oleh kecacatan otak semasa dalam kandungan ataupun ianya datang dari kemalangan. Selain itu, kemungkinan besar penghidap Disleksia berpunca daripada keturunan penghidap itu sendiri. Menurut kajian, sebilangan besar penghidap Disleksia adalah dari latar belakang yang mempunyai gangguan yang sama.
Disleksia berlaku secara perkembangan atau pembinaan iaitu berkembang sedikit demi sedikit. Bahagian-bahagian tertentu dalam otak tidak berapa matang atau dengan kata lain perkatan pertumbuhannya tidak seimbang lalu menyebabkan bahagian otak yang mengawal bacaan dan ejaan tidak dapat lagi berfungsi dengan sepenuhnya.
Kesalahan-kesalahan bacaan yang dilakukan oleh kanak-kanak disleksia
• Mereka-reka cerita berdasarkan gambar yang ditunjukkan walaupun cerita tersebut tiada kaitan dengan isi bacaan.
• Membaca lambat dan teragak-agak.
• Mengikut bacaan dengan jari.
• Kerap hilang tempat bacaan, sama ada hilang terus atau membaca baris tersebut dua kali.
• Membaca kuat tetapi teragak-agak dengan satu intonasi.
• Cuba mengeja tetapi sebutannya salah misalnya mengeja ketat tetapi menyebut kelat.
• Meramal perkataan tanpa mengira ianya bermakna atau tidak.
• Membaca secara terbalik misalnya aman dibaca nama dan sebagainya.
• Menyusun perkataan dengan susunan yang salah.• Memendekkan perkataan yang panjang misalnya kerosakan dibaca rosak sahaja.
• Salah membaca perkataan yang mempunyai bentuk yang sama misalnya kakak=katak, baju=bayu.
• Menggantikan perkataan lain yang sama maknanya misalnya ayahanda=bapa.Kesilapan tulisan-tulisan yang dilakukan kanak-kanak disleksia
• Menulis huruf-huruf dengan susunan yang salah misalnya saman ditulin sanam.
• Menulis secara mirror writing.
• Menterbalikkan huruf misalnya b menjadi d.
• Menulis perkataan yang didengar misalnya buang menjadi buwang.
• Menggunakan perkataan yang ganjil seperti mjeik, pojktc dan lain-lain lagi.
• Tertinggal huruf dalam perkataan seperti emak menjadi mak sahaja.
• Menambah huruf misalnya tuang menjadi tunang.
• Tidak dapat menulis huruf yang disebut.
• Tidak dapat memilih huruf yang disebut.
• Tidak dapat menyesuaikan huruf dengan huruf yang sama.
- Terdapat orang ternama yang mengalami disleksia seperti Lee Kuan Yew,Whoopi goldberg, Leonardo Da Vinci dan ahli saintis Albert Einstein.
- Ramai yang berimaginasi tinggi, amat kreatif dan mampu berfikir dari berbagai sudut dan dimensi.
- Bijak dengan kemahiran tangan atau sukan.
Masalah yang mungkin di alaminya :-
- Kanak-kanak ini selalu disalah anggap seperti seorang yang pemalas, bodoh atau lembab.
- Pembentukan imej diri yang sihat terjejas dan mengalami perasaan rendah diri.
- Jika tidak dikenalpasti atau di bantu pada peringkat awal boleh menyebabkan:-
- a) Gangguan emosi seperti kemurungan.
- b) Masalah tingkah laku seperti melawan dan kecelaruan tingkah laku.
- c) Rendah pencapaian Akademik ( keciciran dalam pelajaran )
Bagaimana membantu kanak-kanak Disleksia???
- Bantu kanak-kanak dan keluarga mereka mengendali masalah ini dan membina keyakinan diri kanak-kanak.
- Kanak-kanak disleksia perlu diberi sokongan dan galakan berpanjangan daripada golongan ahli keluarga.
- Kanak-kanak disleksia perlu diberi kasih sayang dan tidak boleh diabaikan.
- Disleksia boleh diubati tetapi memerlukan pengorbanan dan ahli keluarga tidak boleh berputus asa dalam mendidik mereka.
- Pertingkatkan potensi pembelajaran anak anda. sbg. cth : terapi pertuturan, latihan pendengaran dengan bantuan komputer,bantu anak menguasai secara beransur-ansur,pengulangan semasa mengajar.
Bagaimana guru/ahli keluarga membantu kanak-kanak di dalam kelas?
Banyak cara yang boleh dilakukan oleh guru/ahli keluarga dalam membantu kanak-kanak disleksia selain dari kaedah dan teknik mengajar. Antaranya adalah:
• Dudukkan kanak-kanak di hadapan kelas.
• Guru hendaklah bercakap dengan suara yang tenang dan jelas.
• Tulisan guru mestilah terang dan jelas.
• Beri masa yang lebih kepada kanak-kanak dalam menyelesaikan kerja mereka.
• Berikan kelonggaran kepada mereka.
• Banyakkan penglibatan kanak-kanak dalam kemahiran lisan.
• Elakkan kerja-kerja rumah yang terlampau banyak.
• Semasa kanak-kanak lain sedang membaca sendiri, guru cuba ajarkan kanak-kanak bermasalah itu membaca secara fonetik.
• Jangan marahkan kanak-kanak jika tersalah mengeluarkan buku pelajaran tetapi bantulah dia.
•Sediakan bahan pengajaran yang baik.
• Gunakan aplikasi teori Gestalt.
• Tekankan ke atas pengamatan butiran.
• Konsep kedudukan dan orientasi huruf.
• Berikan latihan kemahiran urutan pandangan.
• Pengajaran menyela bertujuan untuk memperbaiki kemahiran membaca.
Prosedur pengajaran kepada kanak-kanak disleksia pandangan yang tidak dapat belajar melalui gambaran pandangan kerana tidak dapat mengait perkataan dengan makna dan tidak dapat mengekalkan ingatan tentang imej sesuatu perkataan ialah melalui kaedah pengajaran fonetik/ linguistik di mana kaedah ini bukan sahaja menekankan bacaan dan ejaan tetapi juga cara menulis dan menggabungkan perkataan, ayat dan idea-idea agar ianya bermakna dan logik. Oleh itu guru perlulah mempunyai pengetahuan yang luas dalam fonetik dan linguistik. Antara kaedah fonetik dalam pengajaran adalah melalui:
• Ajar nama dan huruf bunyi.
• Ajar huruf yang bermula dengan setiap bunyi.
• Ajar mengenal huruf berdasarkan bunyi.
• Ajar perkataan bunyi huruf.
• Pengadunan bunyi membentuk perkataan yang bermakna.
• Mengelompokkan perkataan dalam huruf yang sama.
• Perkenalkan adunan bunyi dua huruf konsonan.
• Perkenalkan adunan bunyi huruf konsonan dengan vocal.
• Perkenalkan ayat, perenggan dan cerita yang senang dan pendek.Dalam kaedah fonetik/ linguistic, kanak-kanak hendaklah di ajar secara lankah dan logik. Latih tubi adalah berdasarkan teknik multy sensory. Teknik ini menggunakan pengamatan penglihatan dan pengamatan pendengaran kanak-kanak selain dari membabitkan penulisan kembali dan mengulang pembacaan secara kuat apa yang telah ditulis. Langkah-langkah terperinci adalah seperti berikut:
1) Guru menunjukkan di kad imbasan dengan gambar yang bermula dengan huruf tersebut dibelakangnya. Murid dikehendaki menyebut huruf tersebut.
2) Guru menyuruh murid ulang ayat tersebut.
3) Guru sebut sekali lagi, kali ini mengikut suku kata.
4) Murid menulis ayat tersebut. Sambil menulis, sebut ayat tersebut.
5) Guru menyuruh murid menyebut perkataan yang ditulis.
6) Jika terdapat kesilapan, murid mencari sendiri dengan cara semakan.Kaedah dan teknik ini dapat mempertingkatkan daya ingatan murid dalam membina ayat kerana guru telah memulakannya dari ayat pendek kepada ayat yang lebih panjang dan semakin susah.Bagi kanak-kanak yang menghadapi masalah dysleksia pendengaran di mana mereka akan memberi respon positif terhadap pengajaran bacaan awal yang menggunakan pendekatan seluruh perkataan adalah dengan cara:
• Membentuk kesepadanan pendengaran dan pandangan.
• Mengajar perbendaharaan kata yang berlainan bunya dan bentuk.
• Menggunakan pendekatan pengalaman bahasa.
• Menggunakan mesin pengajaran seperti Language Master, Autoscore dan computer dalam pendidikan.
• Aktiviti pengadunan dan intergrasi.
• Peningkatan keupayaan diskriminasi dan analisis pendengaran.
Semoga maklumat yang dikongsi sedikit sebanyak memberi manafaat bersama...
No comments:
Post a Comment