Tadika Cemerlang Al-Abrar

Monday, March 14, 2011
Monday, April 5, 2010
Pendidikan Menurut Islam.
Islam sangat memandang berat soal pendidikan kanak-kanak dan memberi hak-hak yang sepatutnya kepada mereka. Islam telah menggariskan panduan yang tertentu serta cara dalam mendidik anak-anak sejak ia didalam kandungan ibunya lagi malahan lebih awal daripada itu.Islam menggalakkan umatnya apabila memilih suami atau isteri hendaklah seorang yang mempunyai keperibadian yang mulia.Anak merupakan nikmatyang dikurniakan oleh Allah dan merupakan perhiasan dalam kehidupan manusia. Orang yang telah diberi nikmat ini sudah tentu memelihara dan mendidik dengan pendidikan Islam sebagai mensyukuri nikmat tersebut.
Menurut ahli Psikologi, kehidupan manusia ini terbahagi kepada dua peringkat.Peringkat pertama iaitu sejak ia lahir hingga berusia 18 tahun atau 20 tahun.Peringkat kedua iaitu berusia 20 tahun sehingga meninggal dunia.Pada peringkat pertama tadi, ia terbahagi kepada tiga bahagian iaitu sejak lahir sehingga menjangkau umur enam tahun,ketikaberusia1 tahun sehingga berusia tiga belas tahun manakala bahagian ketiga ketika berusia 13 tahun sehingga berusia 18 atau 20 tahun.
Kanak-kanak memerlukan kasih sayang.
Kanak-kanak memerlukan kasih sayang daripada ibu bapa sepertimana ia berhajat kepada makanan dan minuman.Kasih sayang kepada anak-anak adalah merupakan sebahagian daripada pendidikan pertama yangsepatutnya diberi perhatian oleh ibubapa.
Menurut ahli psikologi,kanak-kanak memerlukan kasih sayang disebabkan kepada tiga faktor utamaiaitu:
Pertama: Kanak-kanak memerlukan kebahagian dan ketenangan dalamhidupnya. Melalui kasih sayang kepada kanak-kanak ,ia dapat merasai ketenangan dan kebahagiaan kerana mereka dilahirkan dalam keadaan lemah dan memerlukan pertolongan dan pergantungan kepada orang lain.
Kedua:Pembentukan dari segi pemikiran .
Kanak-kanak yang terbentuk dari suasana kasih sayang yang sepenuhnya ,maka ia dapat membentukpemikiran yang kreatif dan bernas.Di samping itu,kanak-kanak tersebut mempunyai daya ingatan yang kuat dan perangai yang baik.
Ketiga:Pembentukan dari segi masyarakat .
Kanak-kanak yang diberikan kasih sayang sejak kecil lagi dapat menyesuaikan diri dengan masyarakat dan mempunyai kasih sayang kepada masyarakat sekelilingnya.Hak kanak-kanak sebelum dilahirkan.
Antara keistimewaan syariat islam ialah ia telah menggariskan hak kanak-kanak sebelum kanak-kanak itu dilahirkan di dunia ini lagi.
Antara hak-hak tersebut ialah:
1. Ikatan perkahwinan suami isteri yang sah.Islam melarang keras perhubungan diantara lelaki dan perempuan tanpa ada ikatan perkahwinan yang sah.Adalah menjadi hak kanak-kanak supaya ikatan ibubapanya merupakan ikatan yang sah dari segi syarak supaya keturunannyaterpelihara.
2. Akidah ibubapa yang sama. Islam melarang seseorang muslim berkahwin dengan orang kafir kecuali ia memeluk agama islam.Seseorang lelaki yang hendak berkahwin hendaklah mencari perempuan yang solehah.SaidinaUmar r.a pernah ditanya ; hendaklah seorang bapa memilih isterinya yang solehah, hendaklah menamakan anak-anaknya dengan nama yang baik dan hendaklah ia mengajarkan al-Quran.
3. Dilarang membunuh kanak-kanak dan membenci anak perempuan. Dalammasyarakat Jahiliah dahulu mereka membunuh kanak-kanak perempuan kerana menganggap ia boleh membawa malapetaka kepada keluarga. semasa kedatangan Islam, Islam telah membawa sinar baru dalam kehidupan wanita serta mengangkat martabat mereka. Islam juga melarang membunuh kanak-kanak disebabkan takut kepada kemiskinan. Firman Allahyang bermaksud:"Dan janganlah kamu membunuh anak-anak kamu kerana khuatirkan kealpaan dan kemiskinan. Kamilah yang akan memberi rezeki kepada mereka dan kepada kamu. Sesungguhnya membunuh mereka itu adalahsatu dosa yang besar.
4. Ibubapa perlu menyediakan persiapan untuk kanak-kanak yang bakal dilahirkan. Ibubapa hendaklah bersedia untuk mendidik anak-anaktersebut sehingga besar dengan didikan nilai-nilai murni dan mulia.Persiapan ini termasuk dari segi material dan kerohanian.
Hak kanak-kanak selepas lahir ke dunia.
1. Azan di telinga kanan dan iqamat di telinga seorang bayi sebaiksahaja ia lahir ke dunia .Antara rahsia dan hikmah azan ini ialahsupaya kalimat yang mula-mula sekali didengar ialah kalimat tauhid,kalimah mengesakan Allah, kalimah syahadah ,mengajak menunaikan solat dan menuju kejayaan. Diriwayatkan dari Abu Daud dan al-Turmizi dariAbu Rafie bahawa Rasulullah mengazankan di telinga Hassan bin Alisebaik sahaja dilahirkan oleh Fatimah. Di samping itu juga ia bertujuan untuk menghambat syaitan yang sentiasa menjadi musuh kepada manusia dan bersedia menggodanya. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:"Siapa yang mendapat anak lalu ia azan di telinga kanannya dandiiqamatkan di telinga kirinya nescaya syaitan tidak dapatmemudharatkan."
2. Melakukan Tahnik, mencukur rambut dan Akikah. Tahnik bayi bererti menggosok-gosok langit-langit bayi dengan sedikit buah tamar yangtelah dilecek atau dimamah supaya lembut. Disunatkan ketika memberikannya itu, kanak-kanak itu didoakan agar hidupnya sentiasa dalam keberkatan. Seeloknya orang yang hendak melakukan tahnik ini terdiri daripada orang yang soleh dan bertaqwa.
3. Mencukur rambut bayi ini dilakukan sebelum akikah dan sebaik-sebaiknya pada hari yang ketujuh dari kelahiran bayi. Ia merupakan sebagai lambang ibadat dan kesyukuran kepada Allah. Akikah ialah kenduri kesyukuran dengan menyembelih binatang sempena kelahiran bayi.Bagi kanak-kanak lelaki ialah dua ekor kambing manakala kanak-kanakperempuan satu ekor kambing.Walaubagaimanapun harus menyembelih seekor sahaja untuk anak lelaki kerana Rasulullah SAW pernah melakukan dengan menyembelih akikah seekor untuk Hassan dan seekor untuk Husain.
4. Memberi nama yang baik. Ibubapa bertanggungjawab memberi nama yang baik kepada anaknya .Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:"Di antara hak anak yang mesti ditunaikan oleh bapa tiga perkara:mengelokkan namanya bila ia lahir ,mengajarkannya al-Quran apabila ia matang dan mengahwinkannya apabila ia baligh".Para ulama menyebutkan bahawa harus menukar nama daripada nama yang buruk maknanya kepada nama yang lebih baik maknanya.Pada hari qiamat nanti semua manusia akan dipanggil dengan nama-namanya di dunia ini.
5. Hak Menyusu. Ibubapa bertanggungjawab menyusukan anaknya terutamadalam dua tahun pertama.Firman Allah SWT yang bermaksud:"Dan ibu ituwajib menyusui anak-anak mereka dalam tempoh dua tahun sempurna bagimereka yang ingin menyempurnakan susuan tersebut".(al-baqarah 233)
6. Mengkhatannya.Berkhatan adalah satu amalan fitrah.Sabda RasulullahSAW yang bermaksud :"Amalan fitrah ada lima perkara:mencukur bulu ari-ari, berkhatan,mengunting misaim,mencabut bulu ketiak dan mengerat kuku.Menurut para ulama hokum khatan ini adalah sunat bagi bayi lelaki danmerupakan kemuliaan bagi bayi perempuan.Walaupun begitu terdapat perbezaan ulama tentang hukumnya iaitu ada tiga pendapat:i. Wajib khatan bagi kanak-kanak lelaki dan perempuan.Ini merupakanpendapat Imam Ahmad,Ataa',Ibn Suraih, Rabiah, dan Awza'iy.ii. Sunat muakkad bagi kanak-kanak lelaki dan perempuan.iii. Wajib bagi kanak-kanak lelaki dan sunat bagi kanak-kanakperempuan iaitu pendapat setengah dari golongan ulama al-Syafieyyah.(Kitab Majmuk oleh Imam al-Nawawi,jil 1,hal 365 dan fathul Bari jil10.hal 340)Pendapat yang ketiga ini lebih sesuai dengan jamhur ulama yangmengatakan bahawa khatan adalah sunat muakkad bagi kanak-kanakperempuan.Mereka berdalilkan bahawa ia adalah "millah AbinaIbrahim"(mengikut jalan bapa kami nabi Ibrahim) yang telah diperintahkan oleh Allah SWT supaya berkhatan.Bagi kanak-kanakperempuan ,khatan ini dikenali sebagai "khifaadah" dalam bahasa Arab iaitu memotong sedikit dari sebahagian daging antara permukaan atasfaraj.mengikut jamhur ulama ia merupakan kemuliaan bagi kaum wanita.Ini menolak dakwaan yang menyebutkan perkara tersebut merupakan amalan buruk. Rasulullulah SAW telah menyuruh serta menggalakkan kanak-kanak perempuan dikhatan dengan cara-cara tertentu dan jangan berlebihan semasa memotongnya sepertimana dilakukan oleh orang jahiliah.
Memberi Pendidikan dan Ilmu Pengetahuan.
Setiap ibubapa bertanggungjawab mendidik anak-anak dengan pendidikanagama supaya anak-anak tersebut menjadi anak yang soleh.Ibubapa perlu menjaga diri kanak-kanak dari perkara yang boleh merosakkan dirinya sama ada dari segi pemikiran dan fizikal.Penekanan kepada pendidikan agama harus diberikan perhatian yang serius dalam pembentukan sahsiah mereka.Islam telah menggariskan panduan dalam mendidik kanak-kanak.Antaranya ialah:
i. Mengajar mengenali sifat-sifat ketuhanan.
Islam menyuruh ibubapa mengajar kanak-kanak supaya mengenali sifat-sifat ketuhanan.Ia merupakan pendidikan awal dan asas dalam pembentukan pemikiran kanak-kanak dan pembinaan akidah yang mantap sejak kecil lagi. Sifat wajib yang kedua puluh tersebut mestilah diajar dengan kefahaman yang mendalam.Kanak-kanak telah dilahirkan dalam keaadan fitrah putih bersih,ibubapanya yang bertanggungjawab sepenuhnya dalam membentuk indentiti agamanya.
ii. Mengajar cara-cara sembahyang.
Ibubapa wajib mendidik anak-anaknya cara bersembahyang sejak kecillagi.Sabda Rasululluah SAW yang bermaksud :"Ajarlah anak-anak kamu bersembahyang ketika berusia tujuh tahun dan pukul mereka ketika berusia sepuluh tahun dan asingkan antara mereka dalam tempat tidur."
iii. Mengajar ilmu pengetahuan.
Ibubapa bertanggungjawab mendidik serta memberi pendidikan ilmu pengetahuan yang baik kepada anak-anak .Ibubapa perlu menyemaikan minat untuk mereka membaca,dan cintakan ilmu pengetahuan .Ilmu pengetahuan ini meliputi segala ilmu yang manfaat kepada mereka dalam menghadapi cabaran hidup.Pada zaman sekarang ,ilmu-ilmumultimedia ,sains dan teknologi perlu dikuasai oleh mereka untukmenghadapi cabaran masa depan.
iv. Mengajar al-Quran.
Rasulullah SAW sangat menekankan kepada ibubapa agar mengajarkan al-Quran kepada anak-anak.
Saturday, March 27, 2010
Abah Pulangkan Tangan Ita!
Sepasang suami isteri - seperti pasangan lain di kota-kota besar meninggalkan anak-anak diasuh pembantu rumah semasa keluar bekerja.
Anak tunggal pasangan ini, perempuan berusia tiga setengah tahun. Bersendirian di rumah dia kerap dibiarkan pembantunya yang sibuk bekerja bermain di luar, tetapi pintu pagar tetap dikunci.Bermainlah dia sama ada berbuai-buai di atas buaian yang dibeli bapanya, ataupun memetik bunga raya, bunga kertas dan lain-lain di laman rumahnya.
Suatu hari dia terjumpa sebatang paku karat. Dia pun melakar simen tempat letak kereta ayahnya tetapi kerana diperbuat daripada marmar,lakaran tidak kelihatan. Dicubanya pada kereta baru ayahnya. Ya...kerana kereta itu bewarna gelap, lakarannya jelas.Apa lagi kanak-kanak ini pun melakarlah melahirkan kreativitinya.Hari itu bapa dan ibunya bermotosikal ke tempat kerja kerana laluannya sesak sempena perayaan Thaipusam.
Penuh sebelah kanan dia beredar ke sebelah kiri kereta. Dilakarnya gambar ibu dan ayahnya, gambarnya sendiri, lukisan ayam, kucing dan sebagainya mengikut imaginasinya. Kejadian itu langsung tak disedari si pembantu rumah.
Pulang petang itu, terkejut badaklah pasangan itu melihat kereta yang baru setahun dibeli dengan bayaran ansuran, berbatik-batik. Si bapa yang belum pun masuk ke rumah terus menjerit, "Siapa punya kerja ni?"
Pembantu rumah yang tersentak dengan jeritan itu berlari keluar. Dia juga beristighfar. Mukanya merah padam ketakutan tambah-tambah melihat wajah bengis tuannya.Sekali lagi diajukan pertanyaan keras kepadanya, dia terusmengatakan "Tak tahu... !"
"Duduk di rumah sepanjang hari tak tahu, apa kau buat?" herdik siisteri lagi. bila anak yang mendengar suara ayahnya, tiba-tiba berlari keluar dari bilik. Dengan penuh manja dia berkata "Ita buat ayahhh.. cantikkan!" katanya menerkam ayahnya ingin bermanja seperti selalu.
Si ayah yang hilang sabar merentap ranting kecil pokok bunga raya didepannya, terus dipukul bertalu-talu tapak tangan anaknya. Si anak yang tak mengerti apa-apa terlolong-lolong kesakitan sekaligus ketakutan.
Puas memukul tapak tangan, si ayah memukul pula belakang tangan anaknya. Si ibu cuma mendiamkan diri, mungkin setuju dan berasa puas dengan hukuman yang dikenakan.
Pembantu rumah melopong, tak tahu nak buat apa-apa. Si bapa cukup rakus memukul-mukul tangan kanan dan kemudian tangan kiri anaknya. Selepas si bapa masuk ke rumah dituruti si ibu, pembantu rumah menggendong anak kecil itu, membawanya ke bilik. dilihatnya tapak tangan dan belakang tangan si anak kecil calar balar.
Pembantu rumah memandikan anak kecil itu. Sambil menyiram air sambil dia menangis. Anak kecil itu pula terjerit-jerit menahan kepedihan sebaik calar-balar itu terkena air. Si pembantu rumah kemudian menidurkan anak kecil itu. Si bapa sengaja membiarkan anak itu tidur bersama pembantu rumah. Keesokkan harinya, kedua-dua belah tangan si anakbengkak. Pembantu rumah mengadu. "Sapukan minyak gamat tu!" balas tuannya, bapa si anak.
Pulang dari kerja, dia tidak melayan anak kecil itu yangmenghabiskan masa di bilik pembantu. Si bapa konon mahu mengajar anaknya. Tiga hari berlalu, si ayah langsung tidak menjenguk anaknya sementara si ibu juga begitu tetapi setiap hari bertanya kepada pembantu rumah. "Ita demam... " jawap pembantunya ringkas. "Bagi minum panadol tu," balas si ibu. Sebelum si ibu masuk bilik tidur dia menjenguk bilik pembantunya. Apabila dilihat anaknya ita dalam pelukan pembantu rumah, dia menutup semula pintu.
Masuk hari keempat, pembantu rumah memberitahu tuannya bahawa suhu badan Ita terlalu panas. "Petang nanti kita bawa ke klinik. Pukul 5.00 siap" kata majikannya itu. Sampai waktunya si anak yang longlai dibawa ke klinik. Doktor mengarahnya ia dirujuk ke hospital kerana keadaannya serius.
Setelah seminggu di wad pediatrik doktor memanggil bapa dan ibu kanak-kanak itu. "Tiada pilihan.." katanya yang mencadangkan agar kedua-dua tangan kanak-kanak itu dipotong kerana gangren yang terjadi sedah terlalu teruk. "Ia sudah bernanah, demi nyawanya tangan perlu dipotong dari siku ke bawah" kata doktor. Si bapa dan ibu bagaikan terkena halilintar mendengar kata-kata itu.Terasa diri tunggang terbalik, tapi apalah dapat dikatakan. Si ibu meraung merangkul si anak. Dengan berat hati dan lelehan air mata isterinya, si bapa terketar-ketar madandatangani surat kebenaran pembedahan. Keluar dari bilik pembedahan, selepas ubat bius yang dikenakanhabis, si anak menangis kesakitan. Dia juga terpinga-pinga melihatkedua-dua tangannya berbalut putih. Direnung muka ayah dan ibunya.
Kemudian ke wajah pembantu rumah. Dia mengerutkan dahi melihat mereka semua menangis. Dalam seksaan menahan sakit, si anak yang keletah bersuara dalam linangan air mata. "Abah.. Mama... Ita tak buat lagi. Ita tak mau ayah pukul. Ita tak mau jahat. Ita sayang abah.. sayang mama." katanya berulang kali membuatkan si ibu gagal menahan rasa. "Ita juga sayang Kak Narti.." katanya memandang wajah pembantu rumah, sekaligus membuatkan gadis dari Surabaya itu meraung seperti histeria.
"Abah.. bagilah balik tangan Ita. Buat apa ambil.. Ita janji tak buat lagi! Ita nak makan macam mana? Nak main macam mana? Ita janji tak conteng kereta lagi," katanya bertalu-talu. Bagaikan gugur jantung si ibu mendengar kata-kata anaknya. Meraung dia sekuat hati namun takdir yang sudah terjadi, tiada manusia dapat menahannya.
Wednesday, February 3, 2010
Anak saya lembab atau disleksia ???

Adakah anak anda sukar atau lambat untuk mengenal huruf a - z ? angka 1 - 10?
Biarpun kanak-kanak lain sebaya dengannya di Tadika sudah mengenal huruf atau nombor namun dia jauh ketinggalan berbanding kawan-kawannya?
Dia masih tidak dapat mengenal atau mengingat huruf a,b,c ? atau masih belum mampu mengenal nombor 1 - 5 ?
Anak anda kurang memberi tumpuan sewaktu di ajar dirumah atau pun di Tadika?
Setiap kali guru mengajar di Tadika, dia mungkin mengingati apa yang di ajar sekejap selepas 10 minit selepas itu dia sudah lupa( singkat ingatan) dengan apa yang di ajar?
Lambat bertutur dan sukar untuk bercerita semula apa yang di dengarinya?
Anak anda sukar untuk menerima/memahami arahan?
Setelah berkali-kali mengulangi arahan yang sama dia masih belum dapat memahami atau blurr je dengan arahan yang diberi?
Dalam situasi begini anak anda mungkin mengalami Disleksia iaitu gangguan membaca,menulis dan mengeja dan kemahiran mengira walaupun mempunyai pemikiran yang normal.
Sewaktu menghadiri Asia Pasific Conference of Early Childhood Education Graduates yang diadakan di Universiti Malaya pada 28 dan 29 Januari lalu banyak maklumat dan permasalahan berkaitan dengan dunia kanak-kanak dan juga kami berkongsi cerita dan pengalaman mengenai kanak-kanak prasekolah di negara Asia seperti Indonesia, Brunei, india, Turki dan lain-lain negara lagi.
Antara maklumat terbaru saya didedahkan mengenai kanak-kanak yang mengalami disleksia secara detail.semoga Ilmu yang saya kongsi ini dapat memberi manafaat kepada semua.
Apa itu disleksia ?
Sesetengah penghidap Disleksia mempunyai masalah untuk menyebut perkataan yang panjang dan kesukaran untuk mengikut turutan perkataan seperti nama bulan dan sifir. Bagi mereka yang menghidap penyakit ini, tidak semua mempunyai masalah yang sama. Setiap penghidap Disleksia mempunyai masalah yang berlainan.
Jenis-jenis disleksia
1) Disleksia Visual Tidak dapat menterjemahkan lambing-lambang bahasa yang ditulis atau dicetak supaya ianya bermakna. Perkataan –perkataan atau huruf-huruf yang dilihat terbalik.Sukar mengingati dan mengenal huruf, tidak berupaya menterjemah symbol.
2) Disleksia Auditori Tidak dapat membuat pengamatan pendengaran atau tidak dapat membezakan bunyi huruf yang diperdengarkan padanya.Sukar mengingatai bunyi huruf, memahami bunyi mengikut suku kata dan menyusun atau menggabungkan suku kata untuk menyebut perkataan.
3) Disgraphia Kesukaran dalam mengkoordinasikan tangan dan otot-otot tangan agar dapat menulis dengan baik dan tulisannya dapat dibaca.
Penghidap gangguan ini dapat dikesan pada peringkat awal persekolahan .
- Penghidap lambat bertutur.
- Selalunya penghidap akan menghadapi masalah pembacaan yang lambat dan mempunyai tulisan yang kurang kemas .
- Mengalami kesukaran sebutan dan rima.
- Sukar menulis nama sendiri.
- Payah mengenal bentuk atau warna.
- Penghidap suka mengurang atau menambah sendiri perkataan ketika sedang membaca
Mengalami kekeliruan ketika membaca seperti huruf "p" dianggap "q" dan huruf "b" dianggap "d" / 15 disebut 51/ was menjadi saw. - Keliru dengan konsep masa seperti semalam,hari ini dan esok.
- Kesukaran memahami,mengingati dan mengikut arahan.
- Selalu tersalah letak atau hilang barang atau kerja sekolah.
- Sukar memberitahu cerita yang didengarinya.
- Kekerapan penghidap Disleksia selalu terjadi kepada pasangan kembar dan bayi yang tidak cukup bulan. Gangguan ini boleh berlanjutan sehingga kanak-kanak itu meningkat dewasa.
- Dianggarkan 4 - 8 % pelajarsekolah yang bermasalah disleksia.
- Kanak-kanak lelaki lebih ramai bermasalah disleksia berbanding perempuan.
Disleksia dipercayai berpunca daripada cara otak itu memproses. Cara otak penghidap Disleksia dengan otak orang normal bekerja adalah berbeza. Ia mungkin disebabkan oleh kecacatan otak semasa dalam kandungan ataupun ianya datang dari kemalangan. Selain itu, kemungkinan besar penghidap Disleksia berpunca daripada keturunan penghidap itu sendiri. Menurut kajian, sebilangan besar penghidap Disleksia adalah dari latar belakang yang mempunyai gangguan yang sama.
Disleksia berlaku secara perkembangan atau pembinaan iaitu berkembang sedikit demi sedikit. Bahagian-bahagian tertentu dalam otak tidak berapa matang atau dengan kata lain perkatan pertumbuhannya tidak seimbang lalu menyebabkan bahagian otak yang mengawal bacaan dan ejaan tidak dapat lagi berfungsi dengan sepenuhnya.
Kesalahan-kesalahan bacaan yang dilakukan oleh kanak-kanak disleksia
• Mereka-reka cerita berdasarkan gambar yang ditunjukkan walaupun cerita tersebut tiada kaitan dengan isi bacaan.
• Membaca lambat dan teragak-agak.
• Mengikut bacaan dengan jari.
• Kerap hilang tempat bacaan, sama ada hilang terus atau membaca baris tersebut dua kali.
• Membaca kuat tetapi teragak-agak dengan satu intonasi.
• Cuba mengeja tetapi sebutannya salah misalnya mengeja ketat tetapi menyebut kelat.
• Meramal perkataan tanpa mengira ianya bermakna atau tidak.
• Membaca secara terbalik misalnya aman dibaca nama dan sebagainya.
• Menyusun perkataan dengan susunan yang salah.• Memendekkan perkataan yang panjang misalnya kerosakan dibaca rosak sahaja.
• Salah membaca perkataan yang mempunyai bentuk yang sama misalnya kakak=katak, baju=bayu.
• Menggantikan perkataan lain yang sama maknanya misalnya ayahanda=bapa.Kesilapan tulisan-tulisan yang dilakukan kanak-kanak disleksia
• Menulis huruf-huruf dengan susunan yang salah misalnya saman ditulin sanam.
• Menulis secara mirror writing.
• Menterbalikkan huruf misalnya b menjadi d.
• Menulis perkataan yang didengar misalnya buang menjadi buwang.
• Menggunakan perkataan yang ganjil seperti mjeik, pojktc dan lain-lain lagi.
• Tertinggal huruf dalam perkataan seperti emak menjadi mak sahaja.
• Menambah huruf misalnya tuang menjadi tunang.
• Tidak dapat menulis huruf yang disebut.
• Tidak dapat memilih huruf yang disebut.
• Tidak dapat menyesuaikan huruf dengan huruf yang sama.
- Terdapat orang ternama yang mengalami disleksia seperti Lee Kuan Yew,Whoopi goldberg, Leonardo Da Vinci dan ahli saintis Albert Einstein.
- Ramai yang berimaginasi tinggi, amat kreatif dan mampu berfikir dari berbagai sudut dan dimensi.
- Bijak dengan kemahiran tangan atau sukan.
Masalah yang mungkin di alaminya :-
- Kanak-kanak ini selalu disalah anggap seperti seorang yang pemalas, bodoh atau lembab.
- Pembentukan imej diri yang sihat terjejas dan mengalami perasaan rendah diri.
- Jika tidak dikenalpasti atau di bantu pada peringkat awal boleh menyebabkan:-
- a) Gangguan emosi seperti kemurungan.
- b) Masalah tingkah laku seperti melawan dan kecelaruan tingkah laku.
- c) Rendah pencapaian Akademik ( keciciran dalam pelajaran )
Bagaimana membantu kanak-kanak Disleksia???
- Bantu kanak-kanak dan keluarga mereka mengendali masalah ini dan membina keyakinan diri kanak-kanak.
- Kanak-kanak disleksia perlu diberi sokongan dan galakan berpanjangan daripada golongan ahli keluarga.
- Kanak-kanak disleksia perlu diberi kasih sayang dan tidak boleh diabaikan.
- Disleksia boleh diubati tetapi memerlukan pengorbanan dan ahli keluarga tidak boleh berputus asa dalam mendidik mereka.
- Pertingkatkan potensi pembelajaran anak anda. sbg. cth : terapi pertuturan, latihan pendengaran dengan bantuan komputer,bantu anak menguasai secara beransur-ansur,pengulangan semasa mengajar.
Bagaimana guru/ahli keluarga membantu kanak-kanak di dalam kelas?
Banyak cara yang boleh dilakukan oleh guru/ahli keluarga dalam membantu kanak-kanak disleksia selain dari kaedah dan teknik mengajar. Antaranya adalah:
• Dudukkan kanak-kanak di hadapan kelas.
• Guru hendaklah bercakap dengan suara yang tenang dan jelas.
• Tulisan guru mestilah terang dan jelas.
• Beri masa yang lebih kepada kanak-kanak dalam menyelesaikan kerja mereka.
• Berikan kelonggaran kepada mereka.
• Banyakkan penglibatan kanak-kanak dalam kemahiran lisan.
• Elakkan kerja-kerja rumah yang terlampau banyak.
• Semasa kanak-kanak lain sedang membaca sendiri, guru cuba ajarkan kanak-kanak bermasalah itu membaca secara fonetik.
• Jangan marahkan kanak-kanak jika tersalah mengeluarkan buku pelajaran tetapi bantulah dia.
•Sediakan bahan pengajaran yang baik.
• Gunakan aplikasi teori Gestalt.
• Tekankan ke atas pengamatan butiran.
• Konsep kedudukan dan orientasi huruf.
• Berikan latihan kemahiran urutan pandangan.
• Pengajaran menyela bertujuan untuk memperbaiki kemahiran membaca.
Prosedur pengajaran kepada kanak-kanak disleksia pandangan yang tidak dapat belajar melalui gambaran pandangan kerana tidak dapat mengait perkataan dengan makna dan tidak dapat mengekalkan ingatan tentang imej sesuatu perkataan ialah melalui kaedah pengajaran fonetik/ linguistik di mana kaedah ini bukan sahaja menekankan bacaan dan ejaan tetapi juga cara menulis dan menggabungkan perkataan, ayat dan idea-idea agar ianya bermakna dan logik. Oleh itu guru perlulah mempunyai pengetahuan yang luas dalam fonetik dan linguistik. Antara kaedah fonetik dalam pengajaran adalah melalui:
• Ajar nama dan huruf bunyi.
• Ajar huruf yang bermula dengan setiap bunyi.
• Ajar mengenal huruf berdasarkan bunyi.
• Ajar perkataan bunyi huruf.
• Pengadunan bunyi membentuk perkataan yang bermakna.
• Mengelompokkan perkataan dalam huruf yang sama.
• Perkenalkan adunan bunyi dua huruf konsonan.
• Perkenalkan adunan bunyi huruf konsonan dengan vocal.
• Perkenalkan ayat, perenggan dan cerita yang senang dan pendek.Dalam kaedah fonetik/ linguistic, kanak-kanak hendaklah di ajar secara lankah dan logik. Latih tubi adalah berdasarkan teknik multy sensory. Teknik ini menggunakan pengamatan penglihatan dan pengamatan pendengaran kanak-kanak selain dari membabitkan penulisan kembali dan mengulang pembacaan secara kuat apa yang telah ditulis. Langkah-langkah terperinci adalah seperti berikut:
1) Guru menunjukkan di kad imbasan dengan gambar yang bermula dengan huruf tersebut dibelakangnya. Murid dikehendaki menyebut huruf tersebut.
2) Guru menyuruh murid ulang ayat tersebut.
3) Guru sebut sekali lagi, kali ini mengikut suku kata.
4) Murid menulis ayat tersebut. Sambil menulis, sebut ayat tersebut.
5) Guru menyuruh murid menyebut perkataan yang ditulis.
6) Jika terdapat kesilapan, murid mencari sendiri dengan cara semakan.Kaedah dan teknik ini dapat mempertingkatkan daya ingatan murid dalam membina ayat kerana guru telah memulakannya dari ayat pendek kepada ayat yang lebih panjang dan semakin susah.Bagi kanak-kanak yang menghadapi masalah dysleksia pendengaran di mana mereka akan memberi respon positif terhadap pengajaran bacaan awal yang menggunakan pendekatan seluruh perkataan adalah dengan cara:
• Membentuk kesepadanan pendengaran dan pandangan.
• Mengajar perbendaharaan kata yang berlainan bunya dan bentuk.
• Menggunakan pendekatan pengalaman bahasa.
• Menggunakan mesin pengajaran seperti Language Master, Autoscore dan computer dalam pendidikan.
• Aktiviti pengadunan dan intergrasi.
• Peningkatan keupayaan diskriminasi dan analisis pendengaran.
Semoga maklumat yang dikongsi sedikit sebanyak memberi manafaat bersama...
Thursday, January 14, 2010
Shicida Methods - Jadikan anak anda pandai
Salah satu teknik yang mula di pratikkan di Malaysia ialahSHICIDA METHODS , iaitu kaedah mendidik anak-anak berfikir menggunakan otak kanan yang diajar oleh orang Jepun.Ini kerana otak sebelah kanan lebih efektif berbanding otak kiri tetapi ia perlu dipraktikkan dengan lebih kerap untuk mengaktifkan penggunaannya. Kelas SHICIDA METHODS ada ditawarkan di sesetengah tempat disini,namun kosnya agak mahal berbanding kelas-kelas lain,malah tidak ramai ibu bapa khususnya orang Melayu mampu menghantar anak-anak mereka ke kelas sebegini.Disini disertakan serba sedikit kaedah SHICIDA METHODS untuk dipraktikkan oleh ibu bapa dalam membesarkan anak-anak.Kaedah ini boleh Nampak kesannya dalam masa seminggu ia di pratikkan,namun bergantung kepada kebolehan dankeupayaan otak anak-anak anda menerimanya :
1) Sewaktu anak hendak tidur atau tidur-tidur ayam,cakappadanya dengan sepenuh hati dan sejujurnya yang kita sayang kat dia,diabudak baik,dia anak soleh,dia budak kuat,dia budak pandai dan sebagainya sebab sewaktu tidur-tidur ayam itulah otak kanannya sedang bekerja manakala otak kiri sudah tidur.Tapi kena buat dengan seikhlas hati sebab kalau dalam keadaan marah,ia tidak menjadi.Kalau mereka sudah tidur,cuba ramas-ramas jari atau tangan dia atau picit-picitkan badannya supaya dia kembali dalam keadaan tidur-tidur ayam.Cuba pratikkan pada anak anda khususnya bagi mereka yang liat bangunpagi.Insya-Allah menjadi.
2) Mula guna kad untuk ajar anak anda.Ada peserta yang ajar ABC-Z gunakad dalam masa seminggu sahaja,lepas tu mereka sudah kenal semua huruf dan boleh eja perkataan yang pendek-pendek. Buat atau beli kad banyak-banyak dantunjuk pada mereka cepat-cepat seperti a…..b….c….d . Insya-Allah mereka cepat tangkap sebab bila kita tunjuk laju-laju otak kanan dia akan bekerja keras untuk tangkap apa benda yang ditunjuk.Boleh juga buatatau beli kad 1,2,3 atau gambar-gambar tertentu .
3) Gerak kerja tangan adalah hasil dari otak kanan,jadi cuba ajar anakanda main tanahliat,main cat air ( water colour ) ,melukis,gunting kertas,origami dansebagainya.Memang agak leceh dan kena kemas semula,tapi untuk kebaikananak-anak apa salahnya berkorban sikit.Satu lagi cuba lukisgambar,contohnya rama-rama,tapi hanya sebelah badannya sahaja dan suruhanak-anak sambung lukis ikut apa yang anda lukis dibahagian satu lagi.Ini pun dapat mengaktifkan penggunaan otak kanan.Tahukah andakenapa orang Cina dan Jepun kebanyakkannya pandai-pandai ? Ini keranamereka makan menggunakan kayu penyepit.Kayu penyepit mengaktifkan kerjatangan sekaligus membantu menggerakkan otak kanan.
4) Jangan marah-marah atau tengking anak sebab mereka boleh simpan semuanya dalam otak kiri.Kalau tanpa sengaja marah atau menengking mereka,kembali semula kecara pertama dan minta maaf pada mereka dengan ikhlas.
5) Cuba bina daya imaginasi merekadengan cara bercerita dan kemudian suruh mereka menyambung semula cerita tersebut.Walaupun cerita itu merapu pun tidak mengapa asalkan mereka punya inisiatif untuk berimaginasi .
6) Main teka-teki dengan mereka. Letakkan satu barang dalam kotak dankemudian suruh mereka teka apakah barang tersebut.Untuk permulaan,berikan mereka pilihan untuk menggambarkan jenis barang dalam kotak terbabit seperti memberitahu warna,bunyi dan sebagainya.Lama- kelamaan mereka boleh bangunkan deria keenam ( Sixth Sense ) dengan menumpukan perhatian kepada benda yang berada dalam kotak terbabit.Ini semua adalah untukmengaktifkan otak sebelah kanan.Tapi ingat semua permainan yang hendakdilakukan itu hanya boleh dilakukan selama setengah jam sehari.Tidakperlu lama-lama kerana ia boleh menimbulkan rasa bosan.
Sebelum lakukan semua kaedah ini,pastikan anda mempunyai masa yangbenar-benar cukup.Pendekatan ini memerlukan keikhlasan dan kesunggguhan. Dalam Islam sendiri pun menggalakkan ibu bapa bercakap dengan anak-anak ketika mereka mahu tidur kerana pada ketika itulah diantara waktu-waktu doa dimakbulkan. Seorang Kaunselor juga memberitahu, jangan suka menyebut JANGAN pada anak-anak kerana apa yang kita sebut itulah yang mereka ikut .Cubaganti perkataan JANGAN dengan perkataan lain untuk menyampaikan maksud anda,misalnya – “ Tolong senyap Along ” berbanding “ Along Jangan bising ” .
Doa untuk anak soleh

رَبَّنَا وَاجْعَلْنَا مُسْلِمَيْنِ لَكَ وَمِن ذُرِّيَّتِنَآ أُمَّةً مُّسْلِمَةً لَّكَ وَأَرِنَا مَنَاسِكَنَا وَتُبْ عَلَيْنَآ إِنَّكَ أَنتَ التَّوَّابُ الرَّحِيم
Our Lord! And make us submissive unto You and of our offspring a nation submissive unto You, and show us our Manasik, and accept our repentance. Truly, You are the One Who accepts repentance, the Most Merciful.
Wahai Tuhan kami! Jadikanlah kami berdua: Orang-orang Islam (yang berserah diri) kepadaMu dan jadikanlah daripada keturunan kami: Umat Islam (yang berserah diri) kepadamu dan tunjukkanlah kepada kami syariat dan cara-cara ibadat kami dan terimalah taubat kami, sesungguhnya Engkaulah Maha Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani.
SURAH ALI-IMRAN AYAT 38
رَبِّ هَبْ لِى مِن لَّدُنْكَ ذُرِّيَّةً طَيِّبَةً إِنَّكَ سَمِيعُ الدُّعَآءِ
At that time Zakariyya invoked his Lord, saying: “O my Lord! Grant me from You, a good offspring. You are indeed the All-Hearer of invocation.”
“Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisiMu zuriat keturunan yang baik; sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) do’a permohonan”.
SURAH AS-SAAFAT AYAT 100
رَبِّ هَبْ لِى مِنَ الصَّـلِحِينِ
“My Lord! Grant me (offspring) from the righteous.”
Wahai Tuhanku, kurniakanlah kepadaku anak yang terhitung dari orang-orang yang soleh.
(Doa Nabi Ibrahim ini dimakbulkan oleh Allah SWT. Baginda mendapat anak lelaki yang soleh dan penyabar iaitu Nabi Ismail a.s)
DOA AGAR ANAK2 MENGERJAKAN SOLATSURAH IBRAHIM (14) AYAT 40
رَبِّ اجْعَلْنِى مُقِيمَ الصَّلوةِ وَمِن ذُرِّيَتِى رَبَّنَا وَتَقَبَّلْ دُعَآءِ
“O my Lord! Make me one who performs Salah, and (also) from my offspring, our Lord! And accept my invocation.”
Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.
DOA MELEMBUTKAN HATI ANAK2 YG NAKALSURAH TAHA AYAT 1-6
طه
1. Ta Ha
مَآ أَنَزَلْنَا عَلَيْكَ الْقُرْءَانَ لِتَشْقَى
2. We have not sent down the Qur’an unto you to cause you distress,
إِلاَّ تَذْكِرَةً لِّمَن يَخْشَى
3. But only as a Reminder to those who fear (Allah)
تَنزِيلاً مِّمَّنْ خَلَق الاٌّرْضَ وَالسَّمَـوَتِ الْعُلَى
4. A revelation from Him Who created the earth and high heavens
الرَّحْمَـنُ عَلَى الْعَرْشِ اسْتَوَى
5. The Most Gracious Istawa the Throne
لَهُ مَا فِي السَّمَـوَتِ وَمَا فِي الاٌّرْضِ وَمَا بَيْنَهُمَا وَمَا تَحْتَ الثَّرَى
6. To Him belongs all that is in the heavens and all that is on the earth, and all that is between them, and all that is under the soil
DOA AGAR DIBERI ZURIAT YG MENYEJUKKAN HATI
SURAH AL-FURQAN(25) AYAT 74
رَبَّنَا هَبْ لَنَا مِنْ أَزْوَجِنَا وَذُرِّيَّـتِنَا قُرَّةَ أَعْيُنٍ وَاجْعَلْنَا لِلْمُتَّقِينَ إِمَاماً
“Our Lord! Bestow on us from our wives and our offspring the comfort of our eyes, and make us leaders of those who have Taqwa.”
Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami: Perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertakwa.
AJARKAN ANAK-ANAK DOA UNTUK IBUBAPA
SURAH IBRAHIM (14) AYAT 41
رَبَّنَا اغْفِرْ لِى وَلِوَالِدَىَّ وَلِلْمُؤْمِنِينَ يَوْمَ يَقُومُ الْحِسَابُ
“Our Lord! Forgive me and my parents, and (all) the believers on the Day when the reckoning will be established.”
Wahai Tuhan kami! Berilah ampun bagiku dan bagi kedua ibu bapaku serta bagi orang-orang yang beriman, pada masa berlakunya hitungan amal dan pembalasan.
Doa agar anak2 patuh pada Allah SWT SURAH AL-BAQARAH(2) AYAT 128
Doa agar anak2 mengerjakan Solat SURAH IBRAHIM (14) AYAT 40-41
Doa melembutkan hati anak2 yg nakal SURAH TAHA AYAT 1-6
Doa agar diberi zuriat yg menyejukkan hati SURAH AL-FURQAN(25) AYAT 74
Thursday, December 24, 2009
Tips memastikan sebuah Pusat Asuhan yang sesuai/ baik untuk anak anda
Demi anak-anak anda, pastikan jawapan persoalan berikut memuaskan hati sebelum menyerahkan intan payung anda kepada Pusat asuhan persendirian.
Soalan 1: Adakah Pusat Asuhan tersebut berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat?
Soalan 2:Adakah pengasuh telah menjalani Kursus Asas Kanak-kanak?
Soalan 3:Selain dari asuhan dan jagaan biasa, adakah ada aktiviti lain bagi membantu perkembangan kanak-kanak?
Soalan 4: Berapa jam sehari anak saya akan dibiar menonton televisyen; 1/2 jam, 4 jam, terpulang, tiada TV?
Soalan 5: Berapa orang pengasuh yang akan bertugas; menjaga, mengasuh, mendidik, memasak, membersih, membuat susu, ke tandas, solat, menyambut tetamu? Adakah pengasuh akan mempunyai masa untuk mengajar?
Soalan 6: Adakah bayi, kanak-kanak kecil dan kanak-kanak besar diasingkan dan mempunyai pengasuh berlainan?
Soalan 7: Adakah kelengkapan keselamatan mencukupi; pemadam api, grill balkoni, first-aid-kit, telefon, kenderaan?
Soalan 8: Adakah premis sesuai untuk asuhan kanak-kanak dari segi keselamatan; ground-floor, 2 jalan keluar ketika kecemasan, diluluskan Jabatan Bomba?
Soalan 9: Selain aktiviti di dalam premis, adakah anak saya akan dibawa bermain diluar?
Soalan 10: Adakah premis berpagar untuk mengawal kanak-kanak ketika bermain diluar; adakah kakitangan mencukupi untuk mengawal?
Soalan 11: Jika berlaku sebarang insiden atau kecederaan, adakah pengusaha mempunyai kapasiti untuk bertindak pantas; kenderaan dan lesen memandu, telefon, simpanan kewangan, dan kakitangan tambahan untuk menjaga anak-anak lain?
Soalan 12: Adakah operasi diluluskan atau dipantau oleh Jabatan berkenaan? Jika tidak, bagaimana pengusaha menjamin kualiti, kepuasan pelanggan, keselamatan, keselamatan dan keselamatan kanak-kanak jagaan?